Site icon TechNave BM

iQOO Neo 3 5G bakal hadir dengan paparan skrin berlubang 144Hz pada 23 April ini

Penularan pandemik COVID-19 bukanlah penghalang untuk pelbagai jenama besar telefon pintar melancarkan peranti-peranti mereka. Tidak ketinggalan, vivo juga bakal melancarkan varian iQOO terbaru pada 23 April ini. iQOO Neo 3 5G ini telah didedahkan dengan beberapa spesifikasi menonjol termasuklah cipset Snapdragon 865.

Sumber melaporkan syarikat tersebut telah mendedahkan bahawa peranti ini bakal hadir dengan skrin bersama kadar segar semula 144Hz dan storan UFS 3.1. Melalui sebuah perkongsian video baru di laman Weibo, iQOO Neo 3 5G juga dilihat memiliki reka bentuk paparan skrin berlubang. Anda boleh menonton videonya di bawah.

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/04/gsmarena_002.mp4
Sumber: Weibo melalui GSMArena

Adakah anda berminat dengan iQOO Neo 3 5G ini? Beritahu kami tjangkaan anda terhadap spesifikasi peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version