Site icon TechNave BM

iQOO Neo 7 SE bakal dilancar pada 2 Disember ini: Tampilkan Dimensity 8200 dan dwi-kamera

Kini, video promosi untuk iQOO Neo 7 SE telah disiarkan secara rasmi mendedahkan spesifikasi peranti. iQOO mengesahkan bahawa Neo 7 SE akan dilancarkan pada 2 Disember 2022, 2.30 petang.

Di Weibo rasminya, iQOO berkongsi video promosi telefon pintar ini di mana ia akan dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8200. Video juga mempamerkan peranti dalam varian warna biru dan kamera di bahagian belakang.

Daripada segi rupa, Neo 7 SE akan menampilkan persediaan dwi-kamera yang mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) dan flash LED. Maklumat ini juga disokong dalam laporan sebelum ini menyatakan ia mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 120W.

iQOO juga akan memperkenalkan siri iQOO 11 yang dinanti-nantikan dalam acara yang sama yang turut bakal tiba ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version