Site icon TechNave BM

iQOO Neo5s akan dilancar pada 20 Disember 2021, mungkin telefon terakhir dengan Snapdragon 888

Jenama telefon pintar dari China, iQOO, telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan iQOO Neo5s pada hari Isnin, 20 Disember 2021. Menurut poster rasmi yang dikongsi dalam Weibo, ia bakal menjadi telefon yang dikhaskan untuk gaming.

Setakat ini, iQOO masih belum mengesahkan sebarang spesifikasi untuk telefon itu. Ia dijangka akan mempunyai sensor di bahagian bucu untuk kegunaan gaming dan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan lubang punch-hole untuk kamera swafoto.

Selain itu, ia juga dijangka akan menjadi antara telefon terakhir yang dilengkapi cipset Snapdragon 888. Spesifikasi dalaman lain yang diramal termasuklah RAM LPDDR5 12GB, storan UFS 3.1 256GB dan pengecasan pantas 66W.

Untuk kamera pula, ia mungkin dilengkapi kamera utama 48MP dengan sensor Sony IMX598 dan penstabilan imej optikal serta dua kamera lain. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 16MP.

Kongsi pendapat anda tentang telefon iQOO ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version