Site icon TechNave BM

iQOO Neo6 dilancar: SD 8 Gen 1, AMOLED 6.62″ 120Hz dan pengecasan 80W bermula ~RM1,860

Barisan telefon pintar iQOO telah menambah ahli terbaharu iaitu iQOO Neo6. Telefon ini membawakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 bersama paparan AMOLED 120Hz dan bateri 4,700 mAh dengan pengecasan 80W.

Paparan AMOLED 6.62 inci Neo6 dilengkapi dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 1,200Hz. Terdapat lubang tebuk (punch hole) yang menempatkan kamera swafoto 16MP manakala bahagian belakang menampilkan kamera utama 64MP dengan OIS + kamera ultralebar 12MP + kamera kedalaman 2MP.

iQOO Neo6 hadir bersama antara muka OriginOS berasaskan Android 12, bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan 80W yang mempunyai prestasi pengecasan 80% dalam masa 19 minit sahaja. iQOO Neo6 tersedia dalam pilihan warna oren, biru dan hitam.

Varian 8/128GB berharga CNY 2,799 (~RM1,860), varian 8/258 GB berharga CNY 2,999(~RM1,990) manakala varian 12/256GB berharga 3,299 (~RM2,190). Masih belum ada maklumat rasmi tentang ketersediaannya untuk pasaran Malaysia.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: MyDrivers

Exit mobile version