Site icon TechNave BM

iQOO Neo7 Pro 5G akan dilancar pada 4 Julai 2023, mungkin dilengkapi SD 8+ Gen 1

Jenama gaming di bawah vivo, iQOO, bakal melancarkan telefon pintar gaming kelas pertengahan iQOO Neo7 Pro 5G pada 4 Julai 2023 di India. Perkara tersebut disahkan oleh CEO iQOO India melalui sebuah gambar yang dimuat naik ke dalam Twitter.

Setakat ini beliau masih belum berkongsi sebarang spesifikasi untuk telefon itu, namun ia dikhabarkan adalah sebuah iQOO Neo7 Racing yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa. iQOO Neo7 Racing telah pun dilancar di China pada Disember tahun lalu.

Jika dilihat pada versi iQOO Neo7 Racing yang dilancar di China, iQOO Neo7 Pro 5G mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan resolusi 1080×2400, cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W.

Untuk kamera pula, ia mungkin mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP. Selain itu, ia dijangka bakal dilengkapi sistem operasi Funtouch OS 13 berdasarkan Android 13.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version