Site icon TechNave BM

iQOO Neo7 Racing Edition bakal dilancar pada 29 Disember 2022, tampilkan SD 8+ Gen 1

iQOO Neo7 pada bulan Oktober lepas dan memperkenalkan model SE awal bulan ini. Hari ini, syarikat itu mengumumkan ia akan melancarkan iQOO Neo 7 Racing Edition pada 29 Disember di China pada jam 7 malam.

Di catatan Weibo, iQOO mendedahkan bahawa Racing Edition ini akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan mempunyai cip paparan Pro+.

Namun, iQOO belum mengesahkan sebarang butiran mengenai Neo 7 Racing Edition, tetapi ia mungkin mendedahkan ciri lain mengenai telefon pintar itu menjelang pelancarannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version