Site icon TechNave BM

iQOO U1 dilancarkan: Snapdragon 720G, bateri 4,500mAh pada harga ~RM730

Jenama telefon pintar iQOO hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan, iQOO U1. Peranti tersebut dilengkapi dengan cipset Snapdragon 720G dan skrin 6.53 inci dengan resolusi Full HD+.

Secara asasnya, ia adalah telefon kelas pertengahan yang tidak memiliki sebarang ciri-ciri istimewa berbanding peranti kelas pertengahan yang lain. Ia mempunyai skrin berukuran 6.53 inci dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.72%.

Berikut adalah spesifikasi penuh iQOO U1:

Buat masa ini, hanya butiran tentang harganya untuk pasaran China sahaja yang diumumkan, iaitu:

Masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki iQOO U1 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version