Site icon TechNave BM

iQOO U1x dilancar: Snapdragon 662, bateri 5000mAh, 3 kamera 13MP berharga ~RM560

Terkini, jenama telefon pintar iQOO dari vivo telah melancarkan iQOO U1x di pasaran China. Secara asasnya, peranti ini adalah peranti dengan spesifikasi kelas permulaan, tetapi diberi nafas janaan cipset kelas pertengahan. iQOO U1x setakat ini hanya dilancar di pasaran China sahaja dengan harga bermula pada 899 Yuan (~RM560).

Terdahulu, iQOO telah melancar iQOO U1 dengan spesifikasi dan harga yang lebih tinggi. iQOO U1x pula tampil dengan janaan spesifikasi yang lebih rendah, tetapi masih mengekalkan spesifikasi baik seperti bateri berkapasiti besar 5000mAh dan tiga kamera belakang. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Varian 4GB+64GB dijual pada harga 899 Yuan (~RM560), varian 6GB+64GB berharga 999 Yuan (~RM622) dan varian 6GB+128GB berharga 1,199 Yuan (~RM746).

Setakat ini, jenama iQOO masih tidak dilancar secara rasmi di negara Malaysia. Adakah anda berminat dengan peranti jenama ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version