Site icon TechNave BM

iQOO U3 dilancar di China : Dimensity 800U, bateri 5000mAh, harga bermula ~RM927

Pada hari ini, iQOO telah melancarkan sebuah lagi telefon kelas pertengahannya yang diberi nama iQOO U3. Buat masa ini, peranti ini dilancarkan pada pasaran China sahaja.

iQOO U3 ini adalah telefon 5G bajet yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri yang menarik. Antaranya adalah cipset kelas pertengahan Dimensity 800U, mempunyai bateri besar 5,000mAh serta skrin 6.58 inci FullHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga hadir dengan dua kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 48MP. Anda boleh semak spesifikasi lanjut telefon ini di bawah:

iQOO U3 ini dijual dengan dua varian iaitu RAM 6GB + storan 128GB pada harga 1498 Yuan (~RM927) dan RAM 8GB + storan 128GB pada harga (~RM1052). Ia ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan Glow Blue (Biru).

Ia akan memasuki pasaran China bermula 17 December ini.

Untuk pengetahuan anda, jenama iQOO belum lagi masuki pasaran Malaysia secara rasmi. Jadi, jika anda berminat dengan peranti dari jenama ini, anda perlu import dari luar negara.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version