Site icon TechNave BM

iQOO Z1 5G dilancarkan: Dimensity 1000+, skrin 144Hz dan edisi khas One Piece bermula ~RM1,345

iQOO Z1 5G, peranti pertama yang menampilkan cipset MediaTek Dimensity 1000+ telah dilancarkan semalam. Selepas beberapa khabar angin mengenainya, peranti ini disimpulkan sebagai bukan peranti baru, tetapi iQOO Neo 3 5G yang dihuni cipset Dimensity 1000+. Kami menjangkakan cipset baru ini akan hadir dengan prestasi berbeza daripada peranti sebelum ini.

Selain daripada Dimensity 1000+ sebagai spesifikasi menonjol peranti, terdapat juga skrin LCD 6.57-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Peranti ini dilengkapi bateri 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas SuperFlash 44W. Ia dilaporkan bakal dipenuhi 50% kuasa bateri dalam masa 23 minit dan tambahan lagi 36 minit untuk pengecasan penuh 100%.

Selain itu, iQOO Z1 juga hadir dengan sensor cap jari di sisi, bicu audio 3.5mm, WiFi 6, dwi-mod 5G (SA/NSA), NFC, port USB-C dan dua pembesar suara super linear. Turut serta adalah Multi-Turbo 3.5 dan sistem penyejukan cecair yang mampu mengoptimumkan prestasi, mengurangkan pemanasan peranti di antara 10 hingga 12 Celcius.

Berkenaan fotografi, iQOO Z1 dihuni tetapan tiga kamera utama dengan lensa 48MP, 8MP ultra lebar dan 2MP lensa makro. Kamera hadapan 16MP pula menghuni reka bentuk skrin berlubang. Peranti ini akan dijual di pasaran China bermula 1 Jun dengan harga 2198 Yuan (~RM1345) untuk varian 6/128GB, 2498 Yuan (~RM1529) untuk varian 8/128GB dan 2798 Yuan (~RM1712) untuk varian 8/256GB. Ia akan tersedia dengan pilihan warna Galaxy Silver, Space Blue dan edisi khas One Piece!

Beritahu kami pendapat anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version