Site icon TechNave BM

iQOO Z1x bakal dilancarkan: Dimensity 1000+, 4880mAh, skrin 120Hz mungkin berharga ~RM1333

Terdahulu, iQOO telah melancarkan iQOO Z1 5G di pasaran China dengan edisi One Piece yang diminati ramai. Terkini, iQOO dilaporkan bakal melancarkan iQOO Z1x dengan beberapa pendedahan spesifikasi yang tular.

Kemunculannya di TENAA mendedahkan spesifikasi seperti skrin 6.57 inci, varian RAM 6GB/8GB, storan 64GB/128GB/256GB dan bateri 4880mAh. Turut hadir, tetapan kamera utama 48MP + 2MP + 2MP bersama kamera selfie 16MP.

Lebih menarik, ia bakal dihuni cipset Dimensity 1000+ yang berprestasi bersama seokongan 5G. Bukan itu sahaja, paparan 6.57 inci bakal menyokong kadar segar semula 120Hz.

Menurut sumber lain, iQOO Z1x bakal hadir dengan pilihan warna hitam, biru dan putih. Sumber turut mendedahkan ramalan harganya iaitu 2198 Yuan (~RM1333) untuk varian 8GB+128GB dan 2498 Yuan (~RM1515) untuk varian 8GB+256GB. Namun, harga ramalan ini seperti terlalu murah memandangkan peranti ini dihuni cipset Dimensity 1000+.

Maklumat rasminya bakal muncul pada hari pelancarannya di pasaran China, 9 Julai 2020. Apakah pandangan anda mengenai peranti yang masih belum dipasarkan di Malaysia ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama TechNave BM untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version