Site icon TechNave BM

iQOO Z1X bakal hadir dengan Snapdragon 765G, harga lebih rendah daripada ~RM1345

iQOO merupakan cabang jenama daripada vivo yang aktif dalam industri telefon pintar berfokuskan gaming di pasaran China. iQOO dilaporkan bakal membawa iQOO Z1X, versi iQOO Z1 yang lebih berpatutan harganya ke pasaran teknologi China.

Terdahulu, iQOO Z1 telah dilancarkan di pasaran China dengan Dimensity 1000+ sebagai spesifikasi menonjol peranti. Terdapat juga skrin LCD 6.57-inci dengan kadar segar semula 144Hz, bateri 4500mAh dan pengecasan pantas SuperFlash 44W.

iQOO Z1 terdahulu dilancarkan dengan harga bermula pada 2198 Yuan (~RM1345) untuk varian 6/128GB. Memandangkan harga iQOO Z1X dikatakan lebih murah, ini mungkin bermakna harganya adalah lebih rendah daripada varian terendah iQOO Z1.

iQOO Z1X dikatakan bakal hadir dengan cipset Snapdragon 765G pada bulan Jun ini. Apa pun, kami tidak mempunyai maklumat tentang keberadan sebarang peranti iQOO di pasaran Malaysia.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version