Site icon TechNave BM

iQOO Z1x dilancarkan: Snapdragon 765G, skrin 120Hz, 5000mAh, harga bermula ~RM970

Salah sebuah jenama telefon pintar yang berfokuskan gaming dari vivo, iQOO hari ini melancarkan iQOO Z1x dengan penawaran spesifikasi menarik. iQOO Z1x dilancarkan di pasaran China dengan harga bermula pada ~RM970.

Memandangkan ia adalah sebuah peranti kelas pertengahan yang berfokuskan gaming, spesifikasi yang ditawarkan sesuai untuk kelancaran prestasi gaming. Antara spesifikasinya adalah Snapdragon 765G, skrin 120Hz dan bateri besar berkapasiti 5000mAh. Semak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, peranti ini dilengkapi teknologi pemetaan warna (Local Tone Mapping) bersama ciri perlindungan mata untuk pengalaman tontonan yang baik. Bukan itu sahaja, terdapat mod e-sukan iQOO untuk mengelakkan gangguan semasa gaming, sekaligus mengoptimumkan pengalaman gaming.

Setakat ini, iQOO Z1x hanya dilancarkan di pasaran China sahaja. Kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. iQOO Z1x ditawarkan dengan harga yang berbeza pada varian yang berbeza.

Adakah anda berminat dengan jenama ini sekiranya ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: cnmo

Exit mobile version