Site icon TechNave BM

iQOO Z1x disahkan bakal hadir dengan cipset Snapdragon 765G

Sebelum ini, terdapat maklumat awal yang mengatakan telefon pintar iQOO Z1 bakal dilancarkan dengan cipset Dimensity 1000+. Kini, iQOO telah mengeluarkan berita rasmi bahawa peranti tersebut tidak akan dilengkapi cipset tersebut, sebaliknya ia akan dilengkapi Snapdragon 765G.

Selain cipset, spesifikasi lain yang telah disahkan oleh iQOO adalah skrin 120Hz dengan sebuah kamera lubang punch hole di bahagian atas kanan skrin, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, port USB Type-C dan bicu audio 3.5mm.

Sebelum ini, ia telah pun muncul dalam laman web TENAA dengan spesifikasi awal yang merangkumi skrin 6.57 inci, varian RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan kamera belakang 48MP + 2MP + 2MP bersama kamera selfie 16MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version