Site icon TechNave BM

iQOO Z5 bakal dilancar 23 September ini, berharga ~RM1,700

iQOO Z5 bakal dilancarkan pada 23 September ini di pasaran China dan dikhabarkan bahawa ianya akan dipasarkan di India pada akhir September. Kami mengandaikan bahawa negara-negara lain juga menerima telefon ini dalam pasaran tempatan pada tarikh yang sama ia dipasarkan di India.

Melalui maklumat rasmi daripada iQOO Z5, ia mempunyai bateri 5,000mAh yang menawarkan ketahanan penggunaan selama 96 jam ketika mendengar muzik, 18.3 jam menonton video dan 10.4 jam untuk bermain game.

Sebelum ini, spesifikasi yang disahkan hadir bersama telefon ini ialah cipset Snapdragon 778G, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, skrin segar semula 120Hz yang memiliki lubang (punch hole) kamera, pembesar suara stereo dan sokongan audio Hi-Res wayarles.

Sumber mengatakan bahawa iQOO Z5 berharga INR 30,000 (~RM1,700) dan berpendapat bahawa telefon ini merupakan telefon terbaik dalam segmen gaming dan prestasi. Apa pun, mari kita tunggu dan lihat pelancaran iQOO Z5 pada 23 September ini di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version