Site icon TechNave BM

realme Narzo 50A dapat pengiktirafan 3C, miliki cipset Helio G85

realme bakal melancarkan realme Narzo 50A dalam waktu terdekat ini. Walaupun belum dilancarkan, ianya telah tertiris melalui sebuah laporan yang mana telefon tersebut telah mendapat pengiktirafan 3C.

Dalam laporan tersebut, Narzo 50A yang menggunakan nombor model RMX3430 memperoleh 387 mata teras tunggal dan 1364 mata pelbagai teras. Ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G85, RAM 4GB, storan dalaman 64GB / 128GB dan beroperasi menggunakan Android 11.

Selain itu, ia telah lulus pensijilan EEC, NBTC dan BIS. Telefon pintar ini dilengkapi paparan 6.5 inci dan dijangka mempunyai resolusi HD+ atau Full-HD+. Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera manakala kamera swafotonya memiliki resolusi 8MP.

realme Narzo 50A menyokong sambungan 4G, bicu audio 3.5mm, port USB-C dan menggunakan paparan antara muka realme UI.

Pendedahan itu turut menyatakan beberapa telefon pintar misteri yang menggunakan nombor model RMX3461 dan RMX3463 yang mempunyai kapasiti bateri 4,880mAh. Turut dijangka model-model tersebut menggunakan skrin paparan LTPS 6.59 inci yang mempunyai lubang (punch-hole) pada skrin untuk kamera swafoto dan tiga kamera yang mana kamera utamanya mempunyai resolusi 48MP.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version