Site icon TechNave BM

iQOO Z5x menyokong pengecasan pantas 44W dapat pensijilan 3C

Beberapa jam lepas, iQOO telah memperkenalkan iQOO Z5 5G di China dan kemudiannya akan bergerak ke India pada 27 September. Laporan mengatakan maklumat tentang iQOO Z5x telah tersebar di laman web dan bakal lulus pensijilan 3C.

Peranti nombor V2131A ini menyokong pengecasan pantas 44W. Ia juga boleh dicas pada kelajuan pengecasan 10W dan 18W bergantung pada pengecas. Malangnya, tiada sebarang maklumat lain mengenai peranti ini. Kami mengharapkan iQOO Z5x menjadi versi yang lebih rendah untuk vanila, atau sekurang-kurangnya yang serupa.

Berkemungkinan, iQOO Z5x akan diikuti oleh iQOO Z5 Pro selepas pelancaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki iQOO Z5x ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version