Site icon TechNave BM

iQOO Z7 5G kini boleh didapati di Malaysia dalam warna jingga

Buat mereka yang sedang mencari sebuah telefon pintar gaming kelas pertengahan, anda mungkin boleh mempertimbangkan iQOO Z7 5G (RM1,499) yang kini ditawarkan dalam warna baharu iaitu oren.

iQOO Malaysia telah melancarkan warna baharu Supernova Orange untuk iQOO Z7 5G dan akan dijual dalam satu varian memori sahaja iaitu RAM 12GB + storan 256GB. Warna ini menampilkan corak garisan menegak di bahagian belakang telefon yang tidak terdapat pada warna lain.

Spesifikasi menarik yang terdapat pada iQOO Z7 5G termasuklah pengecasan pantas 120W, bateri besar 5,000mAh, skrin 6.64 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera 64MP dengan penstabilan optikal (OIS). Cipset Snapdragon 782G membuatkannya telefon kelas pertengahan yang boleh memainkan kebanyakan game dengan prestasi selesa.

iQOO Z7 5G dalam warna baharu ini boleh didapati dari Lazada, Shopee, TikTok, vivo Shop serta pengedar sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook iQOO

Exit mobile version