Site icon TechNave BM

Isu Covid-19/Koronavirus: Kebimbangan tentang alat pengimbas suhu yang tidak tepat

Seperti yang kita sudah sedia maklum, pelancong di seluruh dunia perlu menjalani ujian saringan pengesanan suhu di lapangan terbang atau pusat-pusat yang tertentu. Terkini, alat pengimbas suhu dikhuatiri tidak boleh dipercayai oleh kerana faktor tertentu.

Pakar Perubatan Pusat Global, Kesihatan Keselamatan Universiti Nebraska, James Lawler melaporkan kepada New York Times melalui South China Morning Post tentang faktor kebimbangan alat pengesan haba untuk mendapatkan bacaan suhu itu.

Dipetik melalui sumber, “Kebanyakannya bergantung pada termometer dilengkapi inframerah untuk mendapatkan bacaan suhu tanpa menyentuh kulit orang awam.

“Bagaimanapun, ada di antaranya (peranti pengimbas suhu) menunjukkan bacaan tidak tepat dan sukar dipercayai,” katanya.

Hal ini boleh mengundang kepada masalah tidak dapat mengesan suhu yang sebenar. Berkemungkinan ada individu yang membawa wabak Covid-19 atau Koronavirus tidak dapat dikesan.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini yang terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version