Site icon TechNave BM

Isu nikah ‘online’ dibincang oleh MAIWP, JAWI dan JAKIM dalam satu mesyuarat

Baru-baru ini, sumber melaporkan sebuah mesyuarat yang dihadiri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berlangsung. Antara isu yang utama dibincangkan adalah mengenai pernikahan secara dalam talian (online).

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak membenarkan sebarang perhimpunan termasuklah resepsi majlis perkahwinan. Rata-rata bakal pengantin telah mula menangguhkan pernikahan atau mempunyai isu berkenaan urusan perkahwinan memandangkan penutupan pejabat rasmi dalam tempoh ini. Oleh itu, inisiatif isu pernikahan secara dalam talian adalah hal yang wajar dibincangkan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah siri kuliah dalam talian (online), isu zakat fitrah, persediaan Ramadan untuk asnaf, rakan jalanan dan pihak yang terjejas melalui penularan COVID-19 ini. Beliau turut mengesahkan bahawa isu-isu yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah benar melalui balasan ciapannya di laman Twitter.

Apakah harapan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: alhijrah | @drzul_bakri

Exit mobile version