Site icon TechNave BM

Isu skrin berkelip pada Samsung Galaxy S22 Ultra, Samsung bakal lancarkan kemas kini baharu

Beberapa kes dilaporkan bahawa pengguna yang baru memiliki Samsung Galaxy S22 Ultra mendapati bahawa skrin mereka akan berkelip. Samsung melancarkan tiga telefon utama termasuk Galaxy S22 Ultra pada 9 Februari dan mula dihantar kepada pelanggan pada 25 Februari.

Sesetengah pengguna telah menerima telefon mereka lebih awal dan mendapati terdapat masalah skrin berkelip. Dalam forum Reddit, terdapat sumber rasmi yang mengatakan bahawa Samsung akan menilai isu ini dan bakal membaikinya. Masalah ini terjadi apabila resolusi telefon ditetapkan kepada WQHD dan mod skrin ditetapkan kepada Semulajadi (Natural).

Kelipan akan berlaku apabila memainkan video YouTube atau semasa membuka kunci peranti. GSMArena berkata bahawa Samsung Galaxy S22 Ultra mereka juga mempunyai masalah skrin berkelip.

Samsung didakwa telah menjumpai jalan penyelesaian dan akan melepaskan kemas kini tidak lama lagi. Sebelum kemas kini, pengguna disyorkan untuk elakkan daripada menggunakan resolusi WQHD dalam mod warna semula jadi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version