Site icon TechNave BM

Jabatan Imigresen Malaysia lanjutkan waktu operasi kaunter pasport mulai 11 Mei

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melanjutkan operasi di pejabat pengeluar pasport negeri dan cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia mulai 11 Mei ini. 

Ketua pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengatakan operasi ini dijalankan di Putrajaya, Kuala lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 10 malam. Waktu operasi bagi negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Kelantan dan Perlis adalah sehingga 6 petang.

Semua cawangan UTC akan beroperasi sehingga 10 malam manakala pada hari Sabtu pula, semua pejabat pasport di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari bermula 14 Mei ini.

Kaunter khas turut disediakan bagi tujuan pengeluaran pasport untuk menjalankan ibadah haji. Semua urusan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di seluruh negara harus dibuat melalui sistem dalam talian kecuali permohonan baharu, kategori warga emas, OKU, kanak-kanak 13 tahun ke bawah, jemaah haji, pelajar serta telah rosak atau hilang.

Permohonan yang mempunyai masalah cap jari masih boleh diteruskan sehingga proses bayaran dan pemohon hadir ke pejabat pemungut untuk pengambilan semula cap jari. Pemohon juga boleh memungut PMA di pejabat pemungut terpilih selagi PMA masih belum dicetak.

Kelulusan boleh diperoleh dalam tempoh tiga hari bekerja menerusi notifikasi yang dihantar kepada e-mel atau pemohon boleh hadir ke pejabat pemungut sekiranya tidak mendapat notifikasi selepas tempoh tersebut. Pembaharuan PMA secara dalam talian boleh dilakukan di laman web ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber:  Malaysia Gazette

Exit mobile version