Site icon TechNave BM

Jabatan Perangkaan Malaysia minta kerjasama rakyat untuk nilai impak COVID-19 terhadap sara hidup & ekonomi

Lewat malam semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan dua kaji selidik khas bagi menilai impak wabak COVID-19 terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.

Kaji selidik pertama iaitu Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 2) boleh dilengkapkan dalam laman web ini. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Sebelum ini, Jabatan Perangkaan telah mengadakan pusingan pertama bagi kaji selidik yang sama sewaktu fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kaji selidik kedua iaitu Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi dan Syarikat/Firma Perniagaan (Pusingan 1) boleh dilengkapkan dalam laman web ini. Ia dibuka kepada semua syarikat/perusahaan yang berdaftar di Malaysia.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, dapatan kaji selidik ini akan digunakan sebagai input kepada kerajaan bagi mengukur kesan COVID-19 terhadap ekonomi dan individu serta menyokong pihak berwajib dalam memberi gambaran tentang situasi semasa.

Marilah kita menjadi rakyat yang proaktif dan bersama bantu kerajaan menangani tempoh mencabar ini. Beritahu kami di Facebook jika anda sudah melengkapkannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version