Site icon TechNave BM

Jabra Elite 5 dilancar di Malaysia: Fon telinga wayarles dengan Hybrid Active Noise Cancellation bermula RM699

Pada hari ini, Jabra Malaysia telah melancarkan model fon telinga wayarles sejati (true wireless earphones) yang terbaru iaitu Jabra Elite 5. Fon telinga wayarles ini dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif hibrid (Hybrid Active Noise Cancellation) yang boleh mengurangkan bunyi bising di sekeliling pemakai.

Teknologi itu dikuasakan oleh cipset Bluetooth Qualcomm QCC3050 dengan mikrofon suapan hadapan (feedforward microphones) dan mikrofon maklum balas (feedback microphones) untuk membatalkan bunyi persekitaran dengan lebih cekap dalam semua frekuensi.

Ia turut dilengkapi enam mikrofon bagi merakam suara pemakai dengan lebih jelas sewaktu membuat panggilan telefon. Sewaktu mendengar muzik pula, ia mempunyai pemacu 6mm dan menyokong codec Qualcomm aptX Audio, AAC dan SBC untuk kualiti bunyi yang tinggi.

Fon telinga ini boleh dihubungkan serentak kepada dua peranti dengan Bluetooth Multipoint, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair. Ia juga menyokong sistem pembantu suara Google Assistant dan Alexa.

Bagi melindungi fon telinga ini, ia turut mempunyai rating kalis IP55 yang melindunginya daripada air dan debu.

Jabra Elite 5 akan dijual di Malaysia pada harga RM699 dan ia boleh dibeli di Shopee, Lazada dan peruncit sah. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version