Site icon TechNave BM

Jabra Elite 85t dilancar di Malaysia: Fungsi ANC, bateri tahan hingga 31 jam berharga RM1,049

Terkini, Jabra telah melancarkan fon telinga jenis earbud baru Jabra Elite 85t di pasaran Malaysia. Elite 85t baharu ditawarkan dengan fungsi pembatalan bunyi aktif (ANC) Advanced untuk bunyi yang lebih baik.

Elite 85t hadir dengan rekaan separa terbuka dan silikon telinga EarGels berbentuk bujur untuk memberi keselesaan kepada pemakai. Selain fungsi ANC Advanced, Elite 85t turut disokong pembantu suara Alexa, Siri dan Google Assistant. Ini bermakna ianya boleh digunakan sama ada melalui peranti Android atau Apple. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya yang lain seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, bateri Elite 85t dilapor dapat bertahan sehingga 5.5 jam untuk sekali pengecasan dan 25 jam termasuk bekas pengecasan dengan ANC aktif. Jika ANC tidak aktif, earbud mampu bertahan sehingga 7 jam dan sehingga 31 jam termasuk bekas pengecasan.

Untuk mendapatkan Jabra Elite 85t, anda boleh membelinya di kedai-kedai terpilih bermula 4 Disember 2020 pada harga RM1,049 dengan pilihan warna Titanium Black. Untuk pilihan warna Gold Beige dan Grey, ia bakal hadir pada suku pertama tahun 2021.

Pembelian Jabra Elit 85t akan menerima Elite Active 45e percuma bernilai RM379 (stok terhad).

Adakah anda berminat? Kunjungi laman web rasmi Jabra dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version