Site icon TechNave BM

JAC T9 EV diumum: Kenderaan pikap EV 4×4 pertama di Malaysia bermula RM120,000

JAC Auto Malaysia dan EvolvElectric Motors Sdn Bhd hari ini mengumumkan siri kenderaan elektrik (EV) pikap terbaharu yang akan dijual untuk pasaran tempatan iaitu siri T9 yang terdiri daripada T9 BEV 4×4 dan varian enjin konvensional T9 Diesel 2.0 CTI 4×4.

Siri kenderaan pikap EV ini mempunyai motor elektrik dengan tork tertinggi 516Nm, kelajuan sehingga 140 km/j dan jarak pemanduan WLTP sejauh 340km. Ia mempunyai pacuan 4×4 dengan transmisi Intelligent e-Shift, serta mempunyai kemampuan menarik (towing capacity) seberat 3,500kg.

Baterinya menggunakan jenis CATL LFP berkapasiti 88.0 kWh, dengan kadar pengecasan AC 11kW (boleh mengecas 15%-100% dalam masa 6 jam 50 minit) atau kadar pengecasan DC 88kW (boleh mengecas 30%-80% dalam masa 35 minit).

Untuk keselamatan, ia didatangkan dengan sistem ADAS 2.0 (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan), brek cakera hadapan dan belakang, Sistem Pemantauan Pemandu dan tujuh beg udara bagi menyediakan tahap keselamatan tertinggi untuk para pemandu dan penumpang.

Berikut adalah harga untuk siri JAC T9 (harga atas jalan, tanpa insurans):

Pra-tempahan untuk siri JAC T9 sudah pun dibuka bermula hari ini sehingga 31 Disember 2024. Penghantaran akan dilakukan bermula Januari 2025 dan ia akan ditawarkan sebagai unit model tahun 2025.

Jika anda berminat, anda boleh layari laman web EvolvElectric Motors atau laman Facebook rasmi untuk maklumat lanjut mengenai pra-tempahannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kenderaan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version