Site icon TechNave BM

Jack Ma ‘hilang’ sejak Oktober lalu, undang pelbagai spekulasi

Hartawan China terkenal yang juga merupakan pengasas Alibaba, Jack Ma kini diburu pelbagai spekulasi berikutan ketidakhadirannya di khalayak ramai termasuklah dalam program TV baru-baru ini. Jack Ma sepatutnya menjadi juri dalam rancangan TV tersebut tidak hadir dan mengundang pelbagai spekulasi.

Menurut sumber, Jack Ma sudah tidak muncul di khalayak ramai sejak Oktober 2020 lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah semasa memberi ucapan mengkritik sistem kewangan kerajaan China. Setelah itu, firma kewangan Alibaba iaitu Ant Group dikenakan penangguhan tawaran awam awal (IPO) sebanyak $37 bilion dan siasatan undang-undang anti monopoli dijalankan terhadapt syarikat Alibaba.

Jurucakap Alibaba bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas mengenai perkara ini. Menurut pengerusi firma teknologi BDA China di Beijing Duncan Clark, beliau berpendapat bahawa Jack Ma mungkin diperintah untuk tidak memunculkan diri di khalayak ramai.

Apakah pendapat anda pula mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version