Site icon TechNave BM

Jackson Wang menjadi duta telefon pintar pertama OnePlus APAC

Artis global Jackson Wang diumumkan sebagai duta telefon pintar pertama OnePlus APAC (Asia Pasifik). OnePlus Never Settle secara konsisten mencipta komuniti untuk membawa peranti dan perisian premium yang memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.

OnePlus ingin meningkatkan APAC (Asia Pasifik) serta berhasrat mencipta produk berkualiti tinggi, bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelaburan jangka panjang. Pengumuman Jackson Wang sebagai duta telefon pintar pertama OnePlus APAC dibuat selepas pelancaran global OnePlus 11 5G dan OnePlus Buds Pro 2. 

OnePlus 11 dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi 1440p, kadar segar semula 120Hz dan teknologi LTPO 3.0 yang membenarkan pelarasan kadar segar semula secara automatik daripada 1Hz ke 120Hz untuk menjimatkan penggunaan bateri.

Seterusnya, OnePlus Buds Pro 2 dilengkapi algoritma janaan ruangan (spatial rendering algorithm) dan sensor ukuran inersia (inertial measurement unit, IMU) untuk menghasilkan audio ruangan dengan penstabilan yang lebih kukuh serta penggunaan untuk lebih banyak aplikasi video dan audio.

Nantikan pelancaran satu lagi peranti OnePlus iaitu OnePlus Pad pada hari ini, 7 Februari 2023. Ketahui lebih lanjut mengenai keluaran dan kemas kini terbaharu di Instagram dan Facebook.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version