Site icon TechNave BM

Jadual M7 MLBB didedah, realme 15 Pro jadi telefon “gaming” rasmi kejohanan

realme mengumumkan kerjasama strategik bersama MOONTON Games dan mengumumkan realme 15 Pro sebagai telefon gaming rasmi bagi Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 World Championship. Kejohanan M7 bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Januari 2026 yang melibatkan 22 pasukan terbaik dunia dari pelbagai rantau.

Sebagai telefon rasmi kejohanan, realme 15 Pro dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan GT Boost Mode bagi memastikan prestasi stabil dan lancar ketika perlawanan berintensiti tinggi selain dilengkapi bateri Titan 7,000mAh bersama sokongan pengecasan pantas 80W Ultra Charge untuk sesi permainan berpanjangan.

Peranti ini turut hadir dengan ciri AI Gaming Coach yang menawarkan analisis masa nyata dan cadangan taktikal bagi membantu pemain meningkatkan prestasi permainan. M7 World Championship akan bermula dengan Wild Card Stage dari 3 hingga 6 Januari diikuti Swiss Stage dari 10 hingga 17 Januari dan Knockout Stage dari 18 hingga 24 Januari sebelum kemuncak Grand Finals pada 25 Januari 2026.

realme 15 Pro 5G edisi Game of Thrones Limited Edition ditawarkan pada harga RM2,499 manakala versi standard 12/512GB berharga RM2,099 dan varian 12/256GB berharga RM1,799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version