Site icon TechNave BM

Jadual operasi waktu puncak Prasarana diubah untuk bulan Ramadan

Bermula hari ini, Prasarana Malaysia Bhd mengubah operasi waktu puncak pagi dan petang bagi perkhidmatan rel dan bas sepanjang Ramadan. Ini akan meliputi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel KL dan bas Rapid bertujuan untuk memudahkan perjalanan sepanjang bulan puasa terutamanya sebelum berbuka puasa.

Operasi waktu puncak pagi akan bermula 30 minit lebih awal bermula daripada 6:30 pagi hingga 9:30 pagi manakala operasi waktu puncak petang akan dilanjutkan selama sejam 30 minit, bermula dari 4 petang hingga 8 malam. Inisiatif itu dijangka meningkatkan pengalaman berulang-alik orang ramai dengan menyediakan perjalanan yang lebih lancar dan kekerapan kereta api yang lebih tinggi yang juga berpotensi mengurangkan kesesakan jalan raya.

Selain itu, Prasarana Integrated Development Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana akan membuka bazar Ramadan mini di tiga stesen LRT iaitu di Pasar Seni, Damai dan Ampang Park. Makanan dan minuman grab-and-go boleh didapati di pasar yang terletak di stesen LRT Sri Rampai, Taman Melati dan Gombak daripada 3:30 petang hingga 7:30 malam, memberikan pengguna peluang untuk membeli juadah berbuka puasa.

Semoga anda dapat pulang ke rumah tepat pada waktunya untuk berbuka puasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MyRapid

Exit mobile version