Site icon TechNave BM

Jaga-jaga, ‘kapal perang’ Lenovo Legion bakal melawat bandar berdekatan anda!

Syarikat komputer ternama Lenovo akan membawa semula lori Legion Battlecruiser yang sudah diubahsuai ke empat bandar utama di Semenanjung Malaysia iaitu Bayan Lepas, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru.

Lori bewarna biru berukuran 20 kaki itu sudah diubahsuai untuk melengkapi pelbagai peranti gaming bertaraf tinggi di dalamnya, membuatkan Battlecruiser itu sebuah kenderaan gaming yang amat canggih. Gamers yang berminat untuk mencuba komputer gaming Lenovo terbaru bolehlah melawat ‘kapal perang’ tersebut dan mencuba produk seperti Legion C530 Cube, Legion Y545 dan Legion Y7000 di mana mereka boleh bermain game Call of Duty, Red Dead Redemption 2 dan FIFA 20.

Dari kiri: Legion C530 Cube, Legion Y545 dan Legion Y7000.

Anda boleh membeli produk Lenovo Legion sewaktu lawatan Battlecruiser dengan pelbagai promosi menarik. Selain itu, gamers juga berpeluang untuk membawa pulang aksesori berjenama Legion dan baucar diskaun untuk produk-produk Legion sehingga RM350.

Legion Battlecruise akan berada di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 29 Februari – 1 Mac; Ipoh Parade, Ipoh pada 7-8 Mac dan East Coast Mall, Kuantan pada 14-15 Mac manakala tarikh untuk Johor Bahru akan dimaklumkan kemudian pada laman Facebook Legion Malaysia. Adakah anda berminat untuk melawat ‘kapal perang’ Lenovo ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version