Site icon TechNave BM

JAKIM akan bekerjasama dengan “influencer” untuk sampaikan info sahih

Jabatan Kemajian Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan mereka sedia bekerjasama dengan pempengaruh (influecer) dan penyedia kandungan (content creator) media sosial bagi menyampaikan maklumat berkenaan agama yang sahih kepada orang ramai, serta menjelaskan isu semasa yang tular.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, JAKIM telah pun mengambil beberapa inisiatif seperti memulakan audio siar (podcast) berjudul JUM Podcast dan JAKIM Untuk Ummah bagi mengulas isu-isu penting. Mereka merancang untuk menjemput para pempengaruh sebagai tetamu dalam audio siar dan menjelaskan sebarang persoalan kepada masyarakat.

Beliau juga berharap para pempengaruh dan penyedia kandungan internet boleh berhubung dengan JAKIM terlebih dahulu sebelum mengulas sesuatu isu dalam media sosial. Mereka perlu lebih berhati-hati sewaktu mengulas sebarang isu, terutamanya berkaitan isu sensitif.

Para pempengaruh tidak sepatutnya menimbulkan sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat sewaktu menerbitkan kandungan mereka.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version