Site icon TechNave BM

JAKIM lancarkan fungsi Verify Halal, bantu anda semak status halal di seluruh dunia

Baru-baru ini, Bahagian Hab Halal, JAKIM telah berkongsi satu kiriman di Facebook rasmi mereka dengan memberitahu pengguna bahawa aplikasi Verify Halal telah mengemaskini senarai halal badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

JAKIM telah mengemaskini dan mengiktiraf 83 badan pensijilan halal dari 46 buah negara di seluruh dunia. Ia memudahkan pengguna untuk melancong dan mencari makanan halal di serata dunia. Selain itu, pengguna juga boleh menyemak senarai produk, premis dan rumah sembelihan.

Ciri-ciri lain yang terdapat dalam aplikasi ini ialah waktu solat, arah kiblat, hab halal JAKIM, lokasi masjid, kalendar Hijrah, kiraan tasbih dan banyak lagi. Anda boleh memuat turun aplikasi Verify Halal untuk iOS dan Android.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version