Site icon TechNave BM

JAKIM: Poster tarikh Hari Raya Aidilfitri yang tular adalah tidak sahih

Disebabkan Hari Raya Aidilfitri diumumkan awal sehari pada tahun lepas, ramai rakyat Malaysia yang mengharapkan perkara yang sama untuk tahun ini. Namun, informasi terkini mendedahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan satu poster menunjukkan Hari Raya Aidilfitri akan berlaku pada 21 April 2023.

Pihak JAKIM telah mengeluarkan kenyataan di halaman Facebook mereka bahawa pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau poster mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ini. Pihaknya turut menasihati rakyat Malaysia yang beragama Islam supaya menghormati proses sebnar penentuan tarikh Hari Raya.

Poster tersebut menyiarkan tarikh-tarikh penting perayaan Islam pada tahun ini sambil memaparkan logo rasmi JAKIM dan lan media sosialnya, MyJakim. Akan tetapi, poster tersebut adalah tidak sahih seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tarikh Hari Raya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) seperti biasa pada setiap tahun. Sebagai umat Islam, kita juga harus bersiap sedia sekiranya perkara seperti tahun lepas terjadi sekali lagi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version