Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar Facebook sedang dalam pembikinan, bakal hadir dengan kamera boleh tanggal

Berdasarkan sumber terkini dalam talian, Facebook dikhabarkan sedang berusaha untuk memasuki pasaran jam tangan pintar. Media sosial terbesar dunia ini dilaporkan bakal menghasilkan jam tangan pintar yang dilengkapi dua kamera boleh tanggal.

Jam tangan ini mungkin akan hadir dengan nama ‘ Facebook Watch‘ dan ia dikatakan akan hadir dengan dua kamera, satu menghadap ke hadapan dan satu ke belakang. Kamera hadapan jam tangan ini boleh diguna pakai untuk pangggilan video, manakala kamera belakangnya hadir dengan autofokus dan mampu merekod video 1080p.

Pengguna boleh menanggalkan kedua-dua kamera peranti ini dan meletakkan dimana sahaja untuk menangkap gambar atau video. Kemudiannya, gambar dan video tersebut boleh dikongsikan ke aplikasi Facebook, Messenger, Instagram dan WhatsApp.

Selain dari dua kamera yang terletak pada badannya, Facebook Watch juga bakal menyokong pengecasan kesihatan dan kecergasan termasuklah pengecasan kadar degupan jantung.

Facebook Watch juga mungkin akan menawarkan penyambungan LTE yang membolehkan ia berfungsi tanpa telefon pintar. Ia ditawarkan dengan pilihan warna hitam, putih dan emas dan dijual pada tanda harga sekitar $400 (~RM1,646).

Facebook Watch dikhabarkan akan memasuki pasaran seawal tahun 2022.

Beritahu komen anda mengenai peranti Facebook ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version