Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar HUAWEI seterusnya mungkin dapat ukur tekanan darah dengan tepat

Pada bulan Mei, He Gang, presiden barisan produk telefon bimbit perniagaan pengguna HUAWEI, mengumumkan bahawa HUAWEI Watch pertama yang dapat mengukur tekanan darah telah lulus ujian pendaftaran alat perubatan. Menurutnya, langkah seterusnya adalah bekerjasama dengan institusi perubatan profesional untuk membuka pendaftaran klinikal. Berdasarkan maklumat setakat ini, ujian akan dimulakan pada pertengahan tahun ini.

Pada masa ini, HUAWEI kini merekrut pengguna yang akan menguji ciri pengukur tekanan darah. Menurut laporan Weibo, pengambilan itu dilakukan di pusat ahli HUAWEI. Sama seperti pengambilan pekerja lain, pengambilan ini perlu memenuhi kriteria khas. Menurut laporan, mereka akan mengrekrut 20 penguji dan lilitan pergelangan tangan mereka mestilah lebih dari 200 mm. Mengingat pengambilan terbaru, nampaknya ciri pengukuran tekanan darah di HUAWEI Watch tidak jauh.  

Baru-baru ini, pihak berkuasa daerah Guangdong, China telah menerima beberapa sensor tekanan darah daripada HUAWEI untuk menjalani proses kelulusan. Setakat ini, kami tidak mengetahui kebolehkerjaan ciri pengukuran tekanan darah HUAWEI Watch. Namun, untuk Samsung, pengguna harus mengkalibrasi peranti sebelum menggunakannya.

Apa pendapat anda tentang jam pintar HUAWEI? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version