Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 2 Pro bakal hadir dengan cas wayarles

Setelah hampir setahun HUAWEI melancarkan jam tangan pintarnya, HUAWEI Watch GT 2 pada tahun lepas, kini versi Pro untuk jam tangan ini dikatakan akan dilancarkan tidak lama lagi.

HUAWEI Watch GT 2 Pro ini dikhabarkan akan mempunyai spesifikasi yang hampir sama seperti versi tahun lepas dengan beberapa ciri tambahan yang menarik seperti ciri cas wayarles. Ciri ini sudah pun dinanti-nantikan oleh pengguna HUAWEI yang ingin membeli jam tangan pintar tetapi sedikit kecewa kerana tidak hadir pada jam tangan mereka pada tahun lalu.

GT 2 Pro bakal hadir dengan skrin OLED 1.39 inci dengan resolusi 454 X 454, storan 4GB, penjejakan GPS, bateri 455mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari dengan bateri yang penuh. Untuk harga pula, jam tangan pintar ini dijangka akan dijual sekitar €280 (~RM1377) di Eropah.

Bagaimana dengan jam tangan pintar HUAWEI Watch GT 2 Pro ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Android Authority

Exit mobile version