Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar HUAWEI yang seterusnya mungkin adalah Nova Watch

HUAWEI dilaporkan telah mendaftar tanda dagang untuk “NOVA Watch” pada 11 Januari lalu di China. Setakat ini, jenama Nova yang diasaskan pada 2016 adalah dikhaskan untuk siri peranti yang disasarkan kepada pengguna golongan belia seperti telefon pintar nova 8 dan nova 7.

HUAWEI juga dikatakan akan melancarkan lebih banyak jenis produk dalam siri Nova, di mana jenama tersebut bakal menggantikan HONOR yang sudah pun keluar daripada naungan HUAWEI. Setakat ini, jam tangan pintar terbaru yang sudah pun dihasilkan oleh HUAWEI adalah HUAWEI Watch Fit, Watch GT 2 Pro (gambar di atas), GT 2e dan HUAWEI Band.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk lihat jam tangan HUAWEI Nova dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version