Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar OPPO dengan skrin melengkung, kaca 3D – bakal dilancarkan pada 6 Mac

Jika anda merupakan pengguna atau peminat Apple Watch, pasti anda terkedu melihat reka bentuk jam tangan pintar yang bakal dilancarkan oleh OPPO ini. Walau bagaimanapun, semestinya ia mempunyai kelainan yang tersendiri. Boleh jadi, sedikit persamaan reka bentuk adalah mengikut apa yang digemari oleh penggemar teknologi.

Terkini, OPPO secara rasminya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan jam tangan pintar tersebut pada 6 Mac ini, hari yang sama dengan pelancaran OPPO Find X2. Sekali pandang, reka bentuk OPPO Watch kelihatan sama dengan Apple Watch, tetapi ada perbezaannya. Jika anda melihat pada gelangnya, ia tidak sama dengan gelang Apple Watch. Bukan itu sahaja, OPPO Watch dikatakan bakal hadir dengan skrin melengkung bersama kaca 3D!

Kelihatannya, ia bakal menjadi rebutan ramai! OPPO Watch adalah sesuatu yang bernilai untuk OPPO pertaruhkan di pasaran teknologi. Apa pun, kami akan maklumkan mengenai spesifikasinya yang lain dan membuat liputan penuh pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat dengan OPPO Watch? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: OPPO & Brian Shen melalui The Verge

Exit mobile version