Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar realme Watch S bakal hadir di Malaysia

Semalam, realme Malaysia dilihat memuat naik siaran di laman Facebook rasmi mereka. Siaran ini mengacah kehadiran jam tangan pintar realme di pasaran Malaysia. Berdasarkan gambar acahan, kami percaya bahawa ia adalah realme Watch S.

Terdahulu, realme Watch S dilancar buat pertama kali di pasaran Pakistan. Ia hadir dengan skrin bulat boleh sentuh 1.3 inci, sensor SpO2, tahap kecerahan skrin automatik dan bateri tahan 15 hari. Namun, kami tidak pasti sama ada pilihan warna yang akan dilancar di Malaysia bersamaan dengan pilihan warna realme Watch S di pasaran Pakistan.

realme Watch S di pasaran luar negara

Apakah pandangan anda mengenai realme Watch S? Adakah ia jam tangan pintar yang lebih baik dari realme Watch terdahulu? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai realme di pautan ini!

Sumber: realme Malaysia

Exit mobile version