Ini bukanlah berita pertama yang muncul mengenai perancangan Samsung untuk kembali menggunakan sistem operasi WearOS pada jam tangan pintarnya. Berita mengenai hal ini telah muncul dalam talian sejak dari tahun 2018 lagi.
Terbaru, kod di dalam fail APK untuk versi terbaru aplikasi Galaxy Wearables menandakan bahawa generasi baru jam tangan pintar Samsung bakal hadir dengan sistem operasi Google Wear OS dan bukan lagi sistem operasi buatan mereka, Tizen.
Kod nama “water” telah dikesan dan ianya merujuk pada WearOS, manakala kod nama “newos” pula merujuk kepada jam tangan pintar baru.
Buat masa ini, ianya masih tidak pasti jika Samsung akan berhenti menggunakan Tizen untuk jam tangan pintar baru mereka. Mereka mungkin akan hasilkan dua varian, satu varian yang menggunakan WearOS dan satu lagi dengan Tizen.
Berikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

