Site icon TechNave BM

Jam tangan pintar Xiaomi Watch S1 akan dilancar bersama Xiaomi 12

Siri telefon pintar andalan Xiaomi 12 akan dilancar pada hari esok (28 Disember 2021) dan nampaknya ia bukan sahaja satu-satunya siri produk yang akan dilancar. Xiaomi telah mengesahkan bahawa jam tangan pintar Xiaomi Watch S1 akan turut dilancar bersama telefon tersebut.

Perkara itu telah disahkan dalam sebuah poster yang menunjukkan rekaan jam itu secara ringkas. Berdasarkan bayangan jam tersebut, ia mempunyai rekaan eksklusif dengan material yang dibuat daripada besi dan dua tombol di bahagian sisi.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang spesifikasi jam tersebut. Ia mungkin bakal menjadi pengganti kepada Mi Watch Revolve Active yang mempunyai skrin AMOLED 1.38 inci, 117 mod sukan, 110 muka jam, pengukur oksigen dalam darah SpO2, pengukur degupan jantung dan bateri 14 hari.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version