Site icon TechNave BM

Jam tangan RedMagic Watch dilancar: Dilengkapi AMOLED 1.39 inci, 16 mod sukan bermula ~RM406

Jam tangan pintar RedMagic Watch oleh jenama gaming Redmi telah pun dilancar pada bulan Mac di China dan semalam ia telah dilancar untuk pasaran antarabangsa. Ia bakal dijual pada harga USD99 (~RM406) di Amerika Syarikat, EUR89 (~RM492) di Eropah dan GBP89 (~RM508) di United Kingdom.

Ia hanya akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan perak, berlainan dengan lima warna untuk pasaran China. Jam tersebut dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.39 inci dengan dua butang di bahagian sisi kanan.

Ia menyokong 16 mod sukan seperti bola sepak yang boleh menunjukkan bagaimana pengguna bergerak di atas padang. Selain iu, ia mempunyai pengukur degupan jantung (Goodix sensor), kalis air 5 ATM dan pengesanan satelit untuk GPS.

Setakat ini ia masih tidak dapat dibeli untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version