Para peminat jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch 3 kini boleh membeli jam tersebut dalam edisi khas yang dibuat daripada besi titanium. Jam khas yang mewah itu akan dijual pada harga RM2,499 dan terdapat dalam warna hitam Mystic Black.
Selain daripada rekaan luarannya yang lebih mewah, spesifikasinya adalah sama dengan Galaxy Watch 3 asal yang dilengkapi hubungan Bluetooth, pembaca tahap oksigen darah (SPO2), program senaman, pengurusan tidur dan lain-lain fungsi kesihatan. Muka jamnya yang berukuran 45mm turut dilengkapi bezel yang boleh diputar iaitu ciri ikonik yang terdapat pada Galaxy Watch 3.
Sekilas lalu, Galaxy Watch 3 dilengkapi skrin Super AMOLED, bateri 340mAh, cipset Exynos 9110, RAM 1GB, storan dalaman 8GB, mampu menahan tekanan sehingga 5ATM dan mempunyai rating kalis air IP68 serta piawaian tentera MIL-STD-810G.
Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Watch 3 Titanium. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

