Samsung Malaysia hari ini mengumumkan bahawa aplikasi kesihatannya, Samsung Health Monitor App, akan menawarkan fungsi baharu yang boleh mengesan jika kadar degupan jantung anda mempunyai perubahan daripada kadar biasa. Fungsi ini dipanggil Pemberitahuan Ritma Jantung Tidak Sekata (Irregular Heart Rhythm Notification, IHRN) dan boleh digunakan melalui jam tangan pintar Samsung.
Ia menggunakan fungsi penjejakan tekanan darah dan elektrokardiogram (ECG) dalam aplikasi Samsung Health dan jam tangan Galaxy Watch, dan boleh mengesan atrial fibrillation (AFib) untuk bantu pengguna memahami kesihatan jantung mereka.
Ini merupakan salah satu daripada pelbagai fungsi Galaxy Watch yang akan bantu anda menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. Untuk tahun ini, Samsung telah melancarkan tiga siri jam tangan baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Samsung Galaxy Watch7 (bermula RM1,199), Samsung Galaxy Watch Ultra (bermula RM3,399) dan Samsung Galaxy Watch FE (bermula RM799).
Samsung Malaysia juga sedang mengadakan promosi khas untuk jam-jam tangan pintar di atas. Dengan setiap pembelian Galaxy Watch7, anda boleh dapatkan hadiah percuma iaitu Galaxy SmartTag2 (bernilai RM149) dan rebat trade-in segera bernilai RM200.
Sementara itu, setiap pelanggan Galaxy Watch Ultra akan menerima pakej Adventure Pack (bernilai RM407) secara percuma, terdiri daripada SmartTag2, kabel 15W Charger W/O Cable dan power bank wayarles. Perlu diingati bahawa promosi ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024.
Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Watch7 atau Galaxy Watch Ultra. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

