Site icon TechNave BM

Jamu mata dengan Samsung Galaxy Z Flip 5G warna Mystic Bronze, dihuni Snapdragon 865+

Sepertinya, rata-rata warganet sudah tahu tentang generasi kedua Samsung Galaxy Z Flip 5G yang bakal hadir menerusi acara Unpacked mungkin pada 5 Ogos ini. Terkini, sebuah akaun pendedah maklumat teknologi telah memberikan pandangan baru terhadap pilihan warna Samsung Galaxy Z Flip 5G.

Peranti ini diperlihatkan dengan warna gangsa Mystic Bronze seperti Samsung Galaxy Note 20. Jika warna ini hadir, peranti ini benar-benar bakal kelihatan seperti peranti premium dengan warna yang premium!

https://bm.technave.com/wp-content/uploads/2020/07/gsmarena_001.mp4

Untuk pengetahuan anda juga, Samsung Galaxy Z Flip 5G merupakan salah satu peranti yang diramalkan bakal memiliki cipset Snapdragon 865+. Apa pun, kebenaran yang rasmi hanya dapat diketahui jika cipset tersebut diumumkan secara rasmi.

Kemunculannya di TENAA juga meramalkan spesifikasi bateri yang lebih besar, 2,500mAh + 704mAh berbanding jumlah bateri generasi terdahulu hanya 3300mAh.

Tona warna kelabu dan hitam di TENAA

Adakah anda bakal memiliki peranti boleh lipat 5G ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version