Site icon TechNave BM

Jangan lupa untuk menghabiskan RM30 e-Tunai Rakyat anda sebelum 14 Mac

Boost mengumumkan hanya tinggal satu minggu lagi untuk anda menuntut RM30 e-Tunai Rakyat yang bakal berakhir pada Mac 2020. Pengguna yang menghantar permohonan tuntutan e-Tunai Rakyat dengan Boost selewat-lewatnya 9 Mac, boleh memenangi wang tunai sehingga RM8,888 melalui Surprise Shake Reward.

Pengguna boleh mendapatkan insentif digital daripada Boost dalam hanya tiga (3) langkah mudah:

  1. Muat turun aplikasi Boost dan ikuti arahan untuk menjadi pengguna premium yang disahkan dengan mengambil gambar IC anda dan selfie
  2. Setelah pengesahan selesai, ketik butang ‘Serah tuntutan’ untuk memohon dan semak kelayakan anda untuk insentif e-Tunai Rakyat
  3. Setelah kelayakan di sahkan, RM30 akan dikreditkan secara automatik ke e-dompet Boost anda dan bersedia untuk dibelanjakan

Dengan insentif digital RM30, rakyat Malaysia masih mempunyai peluang untuk mengambil kesempatan daripada tawaran eksklusif dan faedah daripada jenama kegemaran untuk semua keperluan gaya hidup mereka.

Pesanan untuk semua rakyat Malaysia bahawa hari terakhir untuk menghabiskan insentif itu ialah 14 Mac 2020. Sebarang baki e-Tunai Rakyat yang tidak digunakan selepas itu akan dikeluarkan dari akaun e-dompet pengguna.

Beritahu kami di Facebook jika anda belum lagi mendapatkan e-Tunai Rakyat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version