Site icon TechNave BM

Jangan terpedaya dengan iklan pekerjaan atau ganjaran palsu melibatkan Shopee!

Perkhidmatan e-dagang Shopee ingin menasihati para pelanggan untuk tidak terpedaya dengan beberapa pihak yang berpura-pura sebagai wakil Shopee dan mengiklankan pelbagai maklumat palsu seperti peluang pekerjaan, ganjaran tunai dan hadiah cabutan bertuah. Maklumat tersebut disebarkan melalui pelbagai platform pemesejan seperti WhatsApp.

Shopee mengingatkan para pelanggan bahawa mereka tidak mengupah sebarang individu untuk mengiklankan penjual (merchant) melalui platform pemesejan.

Untuk peraduan seperti cabutan bertuah (lucky draw), sentuh dan menang (tap and win) serta pusing dan menang (spin and win), Shopee hanya akan menganjurkannya melalui aplikasi Shopee rasmi, laman media sosial rasmi Shopee serta akaun WhatsApp Shopee rasmi yang telah diiktiraf (official Shopee WhatsApp verified business account) yang mempunyai tanda verified.

Berikut adalah contoh platform rasmi Shopee:

Untuk hal-hal kerjaya pula, Shopee hanya akan mengiklankan kekosongan jawatan di laman web Shopee Malaysia. Jika anda ada ternampak iklan pekerjaan Shopee yang mencurigakan, anda boleh hubungi jabatan tenaga kerja Shopee melalui emel hr.my@shopee.com untuk pengesahan.

Shopee juga menggalakkan para pelanggan untuk semak nombor akaun atau nombor telefon yang mencurigakan dengan pihak polis melalui:

Kami berharap para pembaca akan terus berwaspada terhadap iklan palsu dalam internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version