Site icon TechNave BM

Jangan terpedaya dengan pendaftaran palsu untuk vaksin COVID-19 dalam WhatsApp!

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terpedaya dengan sebarang penipuan dalam internet yang melibatkan pendaftaran vaksin COVID-19.

JKJAV telah memaklumkan bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan mesej palsu melalui WhatsApp dan berpura-pura sebagai mesej rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam mesej palsu itu, terdapat sebuah pautan yang akan membawa mangsa ke sebuah laman web di mana data mangsa boleh dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh, terdapat sebuah mesej palsu yang tular kononnya melibatkan pendaftaran vaksin di Sepang Movenpick.

JKJAV mengingatkan rakyat bahawa pendaftaran vaksin secara rasmi hanya boleh dibuat dalam aplikasi MySejahtera atau laman web vaksincovid.gov.my .

Kami berharap para pembaca tidak akan terpedaya dengan mesej seperti ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version