Site icon TechNave BM

Jangan tertipu dengan “scam” melibatkan RM300 daripada inisiatif Jaringan Prihatin!

Program Jaringan Prihatin yang telah dilancar oleh kerajaan Malaysia pada bulan Mei lalu telah memudahkan ramai rakyat, terutamanya daripada kalangan B40, untuk memiliki peranti elektronik. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengatakan terdapat pihak tidak bertanggugjawab yang telah mengambil kesempatan di atas inisiatif tersebut untuk menipu orang lain.

Menurut SKMM, ada pihak scammer yang akan membuat panggilan secara rambang dan menyamar sebagai wakil daripada sebuah syarikat telekomunikasi yang akan menawarkan wang sejumlah RM300 melalui program Jaringan Prihatin. Penerima panggilan tersebut kemudian perlu menyatakan nombor kad pengenalan, nombor kad ATM, tiga nombor di belakang kad ATM serta butiran peribadi.

SKMM ingin mengingatkan orang awam agar tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali. Jika mereka menerima panggilan seperti ini, tamatkannya dengan segara dan laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan susulan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SKMM

Exit mobile version